Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) melancarkan Kempen Gemilang Bersama sempena meraikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. <br /><br />Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Henry Tan berkata, menerusi kempen tersebut, Astro berharap dapat memberi inspirasi kepada Malaysia untuk terus bersatu dan kekal teguh menerusi kepelbagaian kaum.
